kenangan terindah
Posted on Saturday 21 January 2012| ? 0 Komen Dari Ochobot

   Ketika aku dalam duka kau akan hadir seperti bidari yang akan menceriakan ku . kerana aku tahu kau tidak akan membiarkan diri ku berada dalam kedukaan . jika aku dalam kesusahan kau tanpa segan silu akan menghulurkan tangan kau untuk membantu ku . aku gembira kerana aku telah di anugerahkan oleh Allah seorang sahabat yang baik seperti kau . tapi peristiwa hari itu telah mengubah segala-galanya . kau telah meninggalkan aq untuk selamanya kerana kau menghidap leukemia . kau sering berpesan kepada aku "sekiranya umur aku tak panjang , aku berharap kau janganlah sedih kerana itu memang sudah suratan aku" . sampai sekarang pesanan kau itu masih ku ingat . kini sudah genap 3 tahun kau pergi meninggalkan aku . aku masih ingat pertama kali aku berjumpa dengan kau . masa itu kita masih di tingkatan satu . kau merupakan murid baru di kelas ku . tanpa segan silu aku mempelawa kau duduk d sebelah aku . pada mulanya kau agak malu tapi lama-kelamaan kau sudah biasa . kau mahir dalam bidang matematik dan kau tanpa ada rasa jemu untuk mengajar aku . kerana kau tahu aku amat lemah dalam subjek matematik . aku senang berkawan dengan kau .

   Aku masih ingat lagi , bila tiba cuti sekolah kau akan mempelawa aku untuk bermalam dirumah kau . kau masih ingat tak masa kita masa kita pergi berkhemah di Hutan Lipur Gunung Lambak . kau kata kau amat takut akan kegelapan . tapi aku cuba menenangkan kau dengan menyatakan bahawa aku akan menjadi lilin kepada kau dan aku menyinari semua kegelapan supaya kau tidak takut lagi . semenjak  dari hari itu kau beritahuaku bahawa kau tidak takut gelap lagi . aku turut senang dengan kenyataan kau itu . tapi aku ingin minta maaf kepada kau kerana aku tidak mampu untuk menerangkan kegelapan yang kau sedang alami sekarang . kerana aku mampu , aku harap kau faham .

   Setiap kali aku lalu di depan kedai cendol Pak Tam hati aku menjadi sebak kerana aku teringat kenangan kita . setiap kali balik dari sekolah pasti kita akan singgah ke kedai cendol Pak Tam kerana kau kata kau dahaga . sehingga semua orang di kedai itu sudah mengenali kita kan . Pak Tam pun sekali sekala akan memberi cendol percuma kepada kita . aku dapat lihat keceriaan di muka kau setiap kali kau meminum air cendol . tapi  kali nie aku keseorangan , aku sunyi tanpa kau di sisi aku .

   Kau ingat masa petang itu . kita bermain bersama-sama . kau mengajak aku main masak-masak tapi aku enggan kerana aku kurang berminat bermain permain seperti itu . aku lebih berminat bermain permainan budak lelaki . melihat muka kau yang masam akhirnya aku mengalah dan main masak-masak bersama kau . aku lihat kau begitu gembira . 

   Lima tahun kemudian kau dan aku di terima masuk ke universiti yang sama . aku begitu gembira sekali . kau bagitahu kepada aku yang kau mahu mengambil jurusan hiasan dalaman . dan kau cakap supaya nanti bila kau dha kerja kau mahu hias rumah aku lawa-lawa . aku hanya mampu tersenyum . ka bertanya kepada aku , jurusan apa yang mahu aku ambil . aku kata aku mahu mengambil jurusan pendidikan kerana aku mahu menjadi seorang guru . dan kau bagitahu aku bahawa nanti bila aku sudah menjadi seorang guru kau mahu aku mengajar anak-anak kau . tapi sayangnya impian kau tidak kesampaian .

   Malam itu , kau demam dan aku lihat hidung kau berdarah , muka kau juga pucat sekali . aku segera menelefon 999 dan kau telah dibawakan ke hospital . di hospital ibu kau menceritakan tentang penyakit kau . aku benar-benar terkejut kerana kau menghidap leukimia . patutlah aku sering lihat muka kau pucat . bila aku tanya kenapa dan kau sering menjawab "aku penat sangat kot ,  maklumlah banyak kerja" . selepas beberapa jam kau berada di bilik kecemasan . seorang doktor pun keluar dan menyatakan bahawa yang kau sudah tidak ada lagi di dunia ini . pada saat itu aku rasa seperti jantung ku berhenti berdegup . aku rebah di lantai hospital kerana aku terlalu sedih untuk berpisah dengan kau . sedar-sedar aku sudah berda di katil hospital . aku bertanya kepada ibu ku . dimana kah jenzah kau . ibu aku cakap jenazah kau dalam perjalanan ke rumah kau . kerana ayah kau mahu jenazah kau disiapkan di rumah dia sendiri . 

   Aku bergegas mengajak ibu aku ke rumah kau kerana aku tak mahu terlepas melihat wajah kau untuk kali yang terakhir . setibanya aku di halaman rumah kau . aku lihat orang ramai sudah pun datang menziarahi jenazah kau . aku tabahkan diri aku untuk melangkah kedalam rumah kau untuk melihat jenazah kau . aku  berusaha untuk menahan air mata ku daripada mengalir . tapi aku ta dapat menahan air mata aku daripada mengalir apabila aku melihat jenazah kau yang sedang terbaring di tengah ruang tamu rumah . aku mengiringi jenazah kau sehingga ke kubur . kalau ikutkan hati mahu sahaja aku melarang penggali kubur itu menimbus jenazah kau . kerana aku ta sanggup melihat kau melalui kegelapan yang kekal selamanya itu .

   Kini sudah tiga tahun kau meniggalkan aku . Alhamdulillah , akhirnya impian aku untuk menjadi seorang guru tercapai juga akhirnya . aku  bersyukur kerana kau telah menjadi sahabat yang terbaik bagi aku . aku akan sentiasa berdoa untuk kebahagian kau disana untuk selama-lamanya .

TAMAT ..
                                                                                                                                                                    
« Newer Posts | Older Post »
Boboiboy Geng
 Penyepit Blog Ni
Hai Ebelybody. :)
How are you ? terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog Bobiboy nie.
bold | underline | italic

Aboutt
Itemm
Entryy
Credit


Rakan Boboiboy
Leave Your Words Here